Sebuah penerbit dari negeri jiran Singapura sedang melakukan sayembara menulis novel. Sayembara dimulai dari tanggal 1 Juni 2013 hingga1 Juni 2014. Ada tiga kategori novel yang dilombakan, yaitu : kategori dewasa, remaja dan anak-anak. Hadiahnya? Hmmm... dalam bentuk dollar bro...
Untuk lebih jelasnya silahkan baca pengumuman dari si empunya lomba berikut :
Kategori Sayembara
Sebanyak tiga kategori yang akan dipertandingkan iaitu:- Kategori Novel Dewasa
Tidak kurang dari 30,000 patah perkataan
- Kategori Novel Remaja
Untuk bacaan remaja berusia 13-18 tahun. Tidak kurang dari 20,000 patah perkataan
- Kategori Cerita Kanak-Kanak
Untuk bacaan kanak-kanak berusia 7 - 10 tahun. Anggaran 250 - 350 patah perkataan
Hadiah Lomba
Setiap pemenang akan menerima wang tunai, sijil penghargaan dan trofi.
Wang tunai yang boleh dimenangi ialah seperti berikut:
Wang tunai yang boleh dimenangi ialah seperti berikut:
Syarat Penyertaan
- Sayembara ini terbuka kepada warganegara Singapura dan para penulis serantau iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei yang menulis dalam bahasa Melayu.
- Tema sayembara ini adalah bebas namun hendaklah bersesuaian dengan agama Islam serta mengikut dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Karya juga hendaklah menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.
- Peserta boleh menyertai ketiga-tiga kategori tetapi hanya dibenarkan menghantar SATU manuskrip sahaja untuk setiap kategori.
- Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli serta belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak.
- Karya yang pernah memenangi hadiah di Singapura atau negara lain tidak akan diterima.
- Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip dalam bahasa Melayu di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris, Times New Roman saiz 12 dan berjilid kemas.
- Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah dan sudut kanan bahagian atas pada setiap halaman manuskrip. Nama peserta hanya boleh diisi pada borang penyertaan sahaja.
- Peserta perlu menghantar 4 salinan manuskrip kepada urus setia berserta borang penyertaan, sinopsis tidak melebihi dua halaman, satu salinan manuskrip dalam CD dan sekeping gambar berukuran pasport.
- Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap karya yang tidak sampai atau rosak dalam pengiriman.
- Karya yang dihantar tidak akan dikirimkan semula kepada peserta sama ada karya tersebut memenangi hadiah ataupun tidak.
Pengadilan Karya dan Hak Cipta
- Sayembara ini akan dihakimi oleh Panel Penilai setempat dan luar negara yang dilantik oleh Penganjur. Keputusan panel adalah muktamad.
- Panel Penilai berhak untuk tidak memberikan sebarang hadiah jika mendapati tiada penyertaan yang layak menerimanya.
- Penganjur berhak menerbitkan manuskrip yang memenangi sayembara ini, tertakluk kepada syarat-syarat penerbitan Penganjur. Namun, bagi karya yang tidak memenangi hadiah layak dipertimbangkan untuk diterbitkan sekiranya bersesuaian.
- Sekiranya Penganjur bercadang untuk tidak menerbitkan, hak cipta akan dipulangkan kepada penulis
Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada tarikh tutup peraduan, iaitu 1 Jun 2014 dan dihantar kepada alamat yang berikut:
Urus Setia Sayembara Novel Islam 2011,
Darul Andalus Pte Ltd,
Blk 3017 Ubi Road 1 #02-129
Singapura 408708
Anda boleh menghubungi kami melalui telefon, faks ataupun emel:
Tel: +65 6746 9167 / 67461657
Faks: +65 67461537
Emel: sni@darulandalus.comsumber: http://www.darulandalus.com
0 comments:
Post a Comment